SOLS Edu Logo
Kursus-kursus
Tentang
Pusat Bantuan

Pusat Bantuan

Tutorial Video

Cara Menggunakan Kod Ganjaran & Promo

Cara Menjawab Soalan Kursus

Cara Membuka Pelajaran

Soalan-Soalan Lazim (FAQs)

Saya ingin meningkatkan Bahasa Inggeris saya, kursus mana yang harus saya ikuti?

Jika ingin bermula dari asas, kursus Work Essential English kami paling sesuai. Jika anda lebih selesa untuk tahap sederhana, anda boleh cuba Kursus Business Essential English.

Adakah saya akan mendapat sijil?

Ya, kesemua kursus kami disertakan dengan sijil setelah berjaya menyelesaikan kursus serta mempunyai penyertaan dalam kelas.

Cikgu anda akan memberikan borang maklum balas kepada anda di akhir kelas anda. Setelah anda melengkapkan borang maklum balas tersebut, kami akan email sijil anda dalam masa 5-14 hari bekerja. Sekiranya anda telah menyelesaikan kursus belajar sendiri melalui aplikasi, anda akan diminta untuk memohon sijil setelah berjaya menyelesaikan kursus ini.

Bilakah saya akan menerima sijil saya?

Sijil biasanya dikeluarkan dalam masa 5 - 14 hari bekerja setelah borang maklum balas diisi.

Sekiranya tempoh masa ini telah berlalu dan anda masih belum menerima sijil anda, sila emel kami dengan membalas emel pengesahan yang anda terima semasa anda menempah kelas anda dan nyatakan pertanyaan anda.

Dengan cara ini, kami dapat mengesan butiran-butiran kelas anda dan membantu untuk mempercepatkan penyediaan sijil anda.

Aplikasi apa yang anda gunakan?

Kelas-kelas kami menggunakan Google Meet/Zoom. Anda boleh mengakses Google Meet/Zoom di desktop anda dengan menggunakan laman web anda, atau melalui telefon anda melalui laman web Chrome.

Setelah mendaftar untuk suatu kelas, anda akan mendapat e-mel pengesahan dengan pautan mesyuarat. Anda hanya perlu klik pada pautan kelas pada slot waktu anda untuk hadir ke kelas tersebut.

Apakah yang saya perlukan untuk menghadiri kelas?

Peserta-peserta memerlukan komputer atau telefon pintar dengan akses internet, dan akaun Google/Zoom untuk mendaftar masuk ke Google Meet/Zoom.

Bolehkah saya menutup video atau audio saya sepanjang kelas?

Ya, anda boleh menutup kamera dan mikrofon anda untuk melindungi privasi anda.

Untuk bertanya soalan, anda boleh klik butang 'raise hand' atau hantar soalan anda di ruangan Google Meet/Zoom Chat.

Mengapa saya tidak boleh menyertai kelas secara langsung atas talian?

Cikgu-cikgu kami hanya akan membolehkan para peserta memasuki kelas dalam masa 15 minit yang pertama. Ini akan membantu memastikan bahawa tidak terdapat terlalu banyak gangguan dalam pengalaman pengajaran dan pembelajaran para peserta.

Bagaimana boleh saya mendapatkan bayaran balik untuk kursus yang saya beli?

Anda boleh menghantar permintaan untuk mendapat bayaran balik di halaman 'Polisi Bayaran Balik'. Anda perlu menyalin ID Pembelian kursus yang anda inginkan untuk dikembalikan dari halaman 'Pembelian Saya'.

Perlukan lebih pertolongan?

Sekiranya anda tidak dapat menemui jawapan yang anda cari, sila berbual dengan seseorang ahli pasukan kami di Whatsapp.

Ada sebarang soalan?

Sila tanyakan apa sahaja kepada kami.

Perlukan bantuan yang lanjut?

Kami sedia membantu anda. Tinggalkan mesej anda di bawah ini.

Form Loading...

Tentang Kami

SOLS edu menjadikan Bahasa Inggeris, Kemahiran Digital dan Kemahiran Insaniah dapat diakses oleh semua orang dengan menyediakan kursus berkualiti tinggi yang berpatutan melalui aplikasi web pembelajaran kami. Kami disokong oleh pengalaman hampir 25 tahun dalam Penyelidikan & Pembangunan (P&P) dan pengalaman mengajar. Kami mengajar menggunakan Bahasa ibunda pelajar, supaya pengetahuan baru mudah difahami. Lebih daripada 50,000 pelajar di seluruh Asia Tenggara telah belajar melalui aplikasi kami setakat ini - dan kami hanya baru bermula!

SOLS edu ialah sebahagian daripada SOLS 24/7 Group.

Kursus-kursus

  • Kursus-kursus Bahasa Inggeris
  • Kursus-kursus Kemahiran
  • Kursus-kursus Berbalik
  • Pusat Bantuan

Tentang

  • Tentang Kami
  • Pasukan kami
  • Penyelesaian Kami
  • Blog

Ikuti kami di media sosial

© 2025 SOLS edu. Hak Cipta Terpelihara.
Dasar Bayaran BalikDasar privasiTerma & SyaratDasar Perlindungan & Perlindungan Kanak-kanakDasar Anti-Rasuah & Hadiah

Choose Your Language

Toolbar SOLS Edu Logo

    Laman Utama
    Kursus-Kursus Saya
    My Corporate Courses

  • Kursus-Kursus
  • Tentang
  • Pusat Bantuan

  • Polisi-polisi