Penyelesaian Kami

Wawasan SOLS

72% daripada Lulusan SPM kami meninggalkan sekolah tanpa kemahiran Bahasa Inggeris yang sesuai untuk bekerja dan apabila mereka mula bekerja, mereka akan mendapat 50-80% lebih kurang daripada rakan mereka yang mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris yang lebih tinggi - menyebabkan implikasi ekonomi yang besar terhadap kerjaya mereka.

Misi SOLS edu adalah untuk merapatkan jurang pengetahuan ini dengan memberikan pendidikan berkualiti tinggi yang berpatutan. Kami menawarkan kursus Bahasa Inggeris, kemahiran digital dan kemahiran insaniah yang khusus untuk pekerjaan dan perniagaan, yang dicari oleh majikan dalam calon-calon yang berpotensi.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana program SOLS edu dirancang, sila tonton video mengenai pandangan kami dan baca tentang bagaimana kami merancang penyelesaiannya berdasarkan kajian dan praktik yang bertahun-tahun.

Tahap-tahap laluan

Penyelidikan kami mengemukakan unjuran laluan hasil terakhir individu B40 berdasarkan jejak pendidikan yang mereka lalui dan cabaran yang mereka hadapi.

Mempunyai akses untuk menyokong pada tahap penting adalah sangat penting untuk membolehkan seorang anak B40, belia ataupun orang dewasa bergerak keluar daripada putaran kemiskinan ke arah Kelas Pertengahan (M40).

Kajian mendalam kami mengenai laluan seorang individu B40 dan hasil ramalan mereka memberikan tiga pandangan utama:

  1. Untuk mencapai hasil yang menjamin kualiti hidup, kesedaran kewangan dan kemajuan ialah ke arah kelas Pertengahan, ini bermaksud mereka akan memperoleh pendapatan isi rumah RM6,000+ dan rangkaian sosial yang boleh dipercayai yang akan menyukarkan mereka terkembali ke arah kemiskinan;
  2. Faktor utama yang mengakibatkan hasil B40 adalah kegagalan belia B40 di sekolah menengah atau sebelum menghabiskan pengajian tinggi;
  3. Jika belia ingin layak mendapat pendapatan golongan kelas Pertengahan, mereka mesti melengkapkan minimum SPM dan mengambil sekurang-kurangnya suatu latihan vokasional / Perantisan / Tertiari dan mendapatkan sokongan yang diperlukan seperti reka bentuk kami melalui Support4U.

Reka Bentuk Penyelesaian Kami

Matlamat jangka panjang yang menyeluruh adalah untuk mewujudkan perubahan yang sistemik. Oleh itu, kami merancang sebuah penyelesaian untuk memberikan tiga hasil impak yang jelas untuk kemajuan belia B40.

  1. Universiti
  2. TVET
  3. Pekerjaan sendiri atau Keusahawanan
  4. Perantisan

Fasa 1: Memandangkan program, kepakaran dan akreditasi kami dalam menyediakan latihan vokasional untuk golongan muda, kami telah mula mengembangkan SOLS Academy of Innovation kami ke SOLS Solar Academy dan SOLS TVET Academy dengan menggunakan mod digital dan kaedah pengahantaran luar talian.

Fasa 2: Terus menyokong tiga laluan lain dengan SOLS Skills Hub untuk menunjukkan kesan jangka panjangnya, di mana kami akan menganjurkannya untuk dilaksanakan pada tahap nasional.

Fasa 3: Berbalik kepada pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah untuk meningkatkan kadar kemajuan sebelum SPM.

Terdapat lebih daripada 17 blok kemahiran yang berbeza seperti Kemahiran Berkomunikasi, Peralatan Kerjaya Digital, Penyediaan Pekerjaan serta 60 modul (dah lebih!) di dalam ketiga-tiga program kami.

Perpustakaan Kemahiran Kami

Untuk menyokong anda dalam mencapai potensi penuh, SOLS menyediakan program berasaskan kemahiran holistik yang merangkumi tiga bidang impak: Kemahiran Teras, Kemahiran Hidup, dan Kemahiran Profesional. Setiap bidang impak merangkumi blok kemahiran / topik tertentu dengan berpuluh-puluh modul yang telah disesuaikan untuk menyumbang kepada pembangunan peribadi dan profesional yang lengkap.

Kemahiran Teras

  • Komunikasi Bahasa Inggeris
  • Peralatan Kerjaya Digital
  • Latihan Pemasangan Solar PV

Kemahiran Hidup

  • Cara Memohon Untuk Kolej
  • Pencarian Diri
  • Belajar secara efektif
  • Kemahiran Berkomunikasi
  • Matlamat Masa Depan
  • Pembelajaran dan Perkembangan
  • Menguruskan Kewangan Saya
  • Kesejahteraan Saya

Kemahiran Profesional

  • Cara Memohon Untuk Pekerjaan
  • Kesediaan Pekerjaan
  • Peralihan Dari Pembelajaran ke Pekerjaan
  • Bagaimana Untuk Bersikap Profesional
  • Menangani Konflik
  • Perkembangan Kerjaya

Teknologi Kami

Matlamat utama kami untuk membuat perubahan sistemik dengan meluaskan jangkauan program kepada puluhan ribu pelajar setiap tahun adalah berkat teknologi yang telah kami bina dan terus menaik taraf. Ini termasuk laman web, aplikasi web dan aplikasi Android.

Teknologi ini membolehkan akses ke seluruh negara (dan seluruh wilayah) ke kelas interaktif secara langsung dan pra-rakaman atas talian. Aplikasi web-platform dalam talian kami diselaraskan untuk menguraikan kandungan dengan cara yang disesuaikan untuk memudahkan pemahaman dan memastikan penguasaan kecekapan yang disasarkan.

Aplikasi web progresif dikuasakan oleh pelbagai teknologi yang bekerjasama untuk pengalaman pembelajaran yang komprehensif.