5 Sebab Untuk Belajar English Dengan SOLS edu Pro

5 Sebab Untuk Belajar English Dengan SOLS edu Pro

Dalam zaman teknologi masa kini, belajar bahasa baru bukanlah sesuatu yang sukar. Dengan kemudahan internet dan telefon pintar, belajar Bahasa Inggeris kini boleh dilakukan di hujung jari. Begitu mudah! Hanya perlu muat turun aplikasi SOLS edu Pro dan anda boleh belajar Bahasa Inggeris melalui bahasa pertuturan yang anda biasa gunakan, sama ada melalui Bahasa Malaysia, Mandarin atau Bahasa Indonesia. Akan datang, belajar daripada Bahasa Tamil juga akan dilancarkan! Nak tahu perkara menarik dalam aplikasi ni? Berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu belajar Bahasa Inggeris menggunakan aplikasi SOLS edu Pro.

1. Murah berbanding kelas fizikal atau kelas bersemuka

Belajar bahasa Inggeris kadang-kadang memerlukan anda untuk menghadiri kelas dan berguru. Kadang-kala bayaran untuk satu kursus itu bukanlah murah sebab perlu ambil kira masa guru dan juga bahan mengajar. Berbeza dengan aplikasi SOLS edu Pro ni, kali pertama muat turun, anda akan diberikan 30 hari akses percuma. Dengan 75 jam waktu kelas untuk tahap pemula Work Essential English (WEE) dan 100 jam waktu pelajaran untuk tahap pertengahan Business Essential English (BEE), anda boleh menguasai Bahasa Inggeris hanya di hujung jari.

2. Boleh belajar di mana-mana pun

Bila menghadiri kelas fizikal, selain daripada yuran kelas, kita perlu ambil kira juga kos pengangkutan dan masa ke kelas. Berbeza apabila anda belajar Bahasa Inggeris menggunakan aplikasi SOLS edu Pro. Anda boleh belajar ikut fleksibiliti waktu anda. Buka saja aplikasi dan anda boleh belajar kat mana-mana sekali pun.

3. Ciri aplikasi yang pelbagai

Tak sempurnalah jika ciri aplikasi hanya ada satu je kan? Sebab tu lah, kami bangunkan ciri-ciri aplikasi yang boleh membantu anda untuk meningkatkan semangat belajar. Melalui fungsi kelas, anda dapat menyemak prestasi anda dengan pengguna yang lain yang dipaparkan dalam ciri Classroom (leaderboard). Bukan itu saja, anda juga akan diberikan laporan prestasi selepas menghabiskan setiap unit. Anda juga boleh mengambil ujian penempatan (placement test) untuk menilai tahap terkini anda. Kami juga ada kumpulan sokongan WhatsApp jika anda perlukan sokongan pembelajaran. Jadi, anda bukan berseorangan!

4. Metodologi pembelajaran yang berkesan

Metodologi SOLS edu Pro dibangunkan oleh pencipta SOLS edu yang mana telah melalui lebih dari 30 tahun Penyelidikan & Pembangunan (Research & Development) dan 18 tahun pelaksanaan projek kepada komuniti yang terpinggir. Aplikasi SOLS edu Pro menawarkan dua kursus pembelajaran iaitu Work Essential English (WEE) dan Business Essential English (BEE). Kini, pembelajaran digital dan atas talian merupakan satu pendekatan baru untuk membolehkan anda mempelajari Bahasa Inggeris melalui bahasa pertuturan anda, hanya di hujung jari!

5. Akreditasi daripada badan bertauliah

Bila dah habis pembelajaran menggunakan aplikasi ni, apa yang anda akan dapat? Ini adalah satu perkara menarik untuk dikongsi bila anda gunakan aplikasi SOLS edu Pro. Kursus WEE & BEE kami sejajar dengan Cambridge. Ini bermakna, tamat saja pembelajaran semua unit, anda akan layak untuk menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris Cambridge.Muat Turun

Share this post


Related Posts